Al Fatihah : Rahsia Adam & Hawa
Sebenarnya dalam AL FATIHAH itu tersimpan rahsia nabi ADAM dan SITI HAWA, hanya saja sebahagian orang yang terlalu sibuk dengan ayat ayat dan mantra mantra lain terlupa untuk mengkaji kebesaran dan keampuhan surah AL FATIHAH ini.
Tidak ada surah yang lebih agung dan lebih besar menyimpan rahsia rahsia Nabi ADAM selain surah AL FATIHAH, kerana surah itulah yang dijadikan mahar atau mas kawin saat kedua pasangan ini dinikahkan kembali sebelum turun ke muka bumi.
Bahkan sesampainya di muka bumi kedua sosok ini pun menikah kembali secara zahirnya alam dunia dengan mas kawin 7 baris surah AL FATIHAH yang disaksikan oleh malaikat JIBRIL.
Kenapa maharnya surah AL FATIHAH..?
_
Kerana di dalam surah AL FATIHAH itulah mengandungi emas, intan, berlian sebanyak berlapis lapis yang diminta oleh SITI HAWA sebagai mas kawinnya.
_
Di dalam surah AL FATIHAH terdapat 7 kunci kenikmatan-kenikmatan yang ALLAH turunkan ke muka bumi, dan 7 kenikmatan inilah yang dapat mencukupi permintaan mas kawin SITI HAWA.
Selain itu..
surah AL FATIHAH bukanlah tanpa sebab dipilih SITI HAWA dan NABI ADAM menjadi mas kawin mereka..
Kerana pada saat awal sekali ADAM memiliki ROH dan HIDUP, maka nabi ADAM pun lantas mengucapkan
” alhamdu lillahi rabbil alamin ”
segala puji bagi allah tuhan sekalian alam
ADAM memuji ALLAH sebagai bentuk syukur kerana telah pun dihidupkan kembali
Saat ADAM melampaui aturan ALLAH dan merayu tuhannya agar diampuni maka ADAM juga merayu dengan kalimah rayuan mautnya
” alhamdu lillahi rabbil alamin ”
Lalu ALLAH mengampuni ADAM.
Saat ADAM mengalami bersin yang pertama sekali beliau juga menyebut kalimah pujian
” alhamdu lillahi rabbil alamin ”
dan yang tidak kalah menariknya nabi ADAM merayu sang pasangan hati ini juga dalam beberapa kali perselisihan rumah tangga di muka bumi dengan jampi pengasih amalannya iaitu
” alhamdu lillahi rabbil alamin “
ALHAMDU itu sarang kenikmatan melihat wajah Allah…
LILLAHI itu kenikmatan ROH…
RABBIL itu diri mu yang selalu disayangi Allah…
ALAMIN itu meliputi kasih dan sayang Allah serata sama merata kepada setiap makhluknya di mana pun mereka berada…
Jadi kalau mahu menikmati kenikmatan yang tersedia dalam ayat ini mesti berhati hati, lembut dan jelas penyebutannya.
Dahulu saat dibenih SITI HAWA itu bersarang dalam bentuk NUR BENING seperti minyak kelapa hijau di dalam tulang baginda ADAM, dia belum bernama SITI HAWA.
NUR BENING sewaktu itu masih lunak dan bening, penurut dan boleh ikut serta dibentuk kepada apa saja..
namun setelah NUR BENING ini wujud dan memiliki kehendak yang menentang kepada tulang baginda ADAM maka bermulalah dia di sebut SITI.
SITI adalah nama yang diberikan oleh Malaikat syurga kepada makhluk yang baru wujud ini.
Dengan makna SITI maksudnya HATI.
HATI siapakah si SITI,
Iaitu sebagian dari hati baginda ADAM yang terbagi, sehingga sejak itu wujud yang baru ini mereka namai dengan SITI.
Setelah SITI ini turun ke muka bumi maka makhluk bumi menyebutnya dengan HAWA.
kerana apa..?
kerana setelah SITI ada di muka bumi, sejak itu pulalah kehendak dan nafsu bermula, maka sebahagian Malaikat yang melata di muka bumi saat itu tetap memanggil wujud wanita pertama ini dengan nama SITI dan sebahagian makhluk bumi yang terdiri dari Jin dan sebagainya memanggil dengan nama HAWA.
Lama kelamaan makhluk di dua alam ini memanggil wujud wanita pertama ini dengan nama SITI HAWA…
Dan sesungguhnya wanita pertama ini pun sampai saat ini jika dipanggil dengan panggilan SITI HAWA maka hanya JASAD nya sahaja yang terpanggil sedangkan ROH/PERASAAN/HATI semula jadinya tertinggal.
Begitu juga baginda ADAM…
ia bernama ADAM sewaktu telah melihat wujud si SITI maka timbul lah sifat nafsu dan sifat menghendaki. Sifat sifat yang bukan lagi sifat kaum penghuni syurga ini telah membuat sosok laki laki pertama ini lebih condong kepada AKAL bukan lagi hampir kepada AF’AL….
AF’AL adalah sifat Rahim ALLAH yang bersih dari HAWA NAFSU.
sedangkan AKAL adalah sifat ADA’AM yang memang lebih berat kepada AKAL dan NAFSU.
Sejak laki laki pertama ini berkeinginan lebih kepada yang lain selain ALLAH maka dia dipanggil ADAM oleh para Malaikat, hingga sampai di muka bumi sifat ADA’AM sosok ini sangat mendominasi maka makhluk pun menetapkan nama sosok ini dengan nama ADAM.
Diriwayatkan bahawa pada akad pernikahan itu ALLAH S.W.T. berfirman:
_
“Segala puji adalah kepunyaan-KU, segala kebesaran adalah pakaian-KU, segala kemegahan adalah hiasan-KU dan segala makhluk adalah hamba-KU dan di bawah kekuasaan-KU. Menjadi saksilah kamu wahai para malaikat dan para penghuni langit dan syurga bahawa AKU menikahkan Hawa dengan Adam, kedua ciptaan-KU dengan mahar, dan hendaklah keduanya bertahlil dan bertahmid kepada-KU !”.
Malaikat dan para Bidadari berdatangan berkumpul bersama-sama pada hari Jum'at di bawah pohon “Syajarah Thuba”, menjadi saksi atas pernikahan Adam dan Hawa.
ALLAH S.W.T. berfirman:
“Mahar Hawa ialah selawat sepuluh kali ke atas Nabi-KU, Nabi yang bakal KU bangkitkan yang membawa pernyataan dari sifat-sifat-KU: MUHAMMAD, cincin permata dari para anbiya’ dan penutup serta penghulu segala Rasul. Ucapkanlah sepuluh kali !”.
ADAM mengucapkan 10 kali selawat ke atas Nabi MUHAMMAD S.A.W. sebagai mahar kepada isterinya.
Suatu mahar yang bernilai spiritual, kerana Nabi MUHAMMAD S.A.W. adalah rahmatan lil ‘alamin (rahmat bagi seluruh alam).
HAWA mendengarkannya dan menerimanya sebagai mahar.
ADAM a.s. merasa lega.
ALLAH berfirman :
“Hai Adam, kini AKU halalkan Hawa bagimu”
Perintah ALLAH,
“dan dapatlah ia sebagai isterimu!”.
ADAM a.s. bersyukur lalu memasuki isterinya dengan ucapan salam.
HAWA menyambutnya dengan segala keterbukaan dan cinta kasih yang seimbang.
ALLAH S.W.T. berfirman kepada mereka:
“Hai Adam, diamlah engkau bersama isterimu di dalam syurga dan makanlah (serta nikmatilah) apa sahaja yang kamu berdua ingini, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini kerana (apabila mendekatinya) kamu berdua akan menjadi zalim”.
(Al-A’raaf: 19).
Dengan pernikahan ini ADAM a.s. tidak lagi merasa kesepian di dalam syurga.
Inilah percintaan dan pernikahan agung yang pertama dalam sejarah umat manusia, yang dihadiri oleh para Bidadari, Jin dan disaksikan oleh para Malaikat, serta berlangsung di dalam Syurga yang penuh dengan kenikmatan.
Entah berapa lama keduanya berdiam di Syurga, hanya ALLAH S.W.T. yang tahu.
Lalu keduanya diperintahkan turun ke bumi.
ALLAH S.W.T. berfirman :
“Kami berfirman: Turunlah kamu dari syurga itu. Kemudian jika datang petunjuk-KU kepadamu, maka barang siapa yang mengikuti petunjuk-KU, nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” (Al-Baqarah: 38)
KREDIT FB : HAKIKAT INSAN
Comments
Post a Comment