Haruman Sunnah : BUKHOOR
Berbukhoor itu sebenarnya adalah amalan Sunnah. Biasa di pasang di rumah², majlis zikir dan mawlid.
Sebelum lahirnya pelbagai pewangi campuran, kemenyan digunakan sejak zaman berzaman dan menjadi amalan dalam kalangan masyarakat Melayu. Ia turut menjadi tradisi orang Arab yang menggunakan wangian dipanggil sebagai 'bukhoor'.
Bukhoor diperbuat daripada potongan kayu gaharu yang diproses dan kemudiannya dicampur dengan pelbagai pati haruman lain termasuk minyak gaharu. Bukhoor dibakar bagi mengharumkan ruang.
Daripada Nafi, "Ibnu Umar apabila ingin berwangi maka dia akan berwangi dengan kemenyan, tanpa mencampurkan dengan bahan lain, atau berwangi dengan kafur atau mencampurkan kafur dan kemenyan. Dia berkata: Beginilah Rasulullah SAW berwangi." (Riwayat Muslim)
Bekasnya pula kita panggil Mabkhara, ada banyak jenis. Lepas kita bakar arang kita boleh tabur wangian yang kita pilih, akan jadi harum serumah. Sebaik baiknya pilihlah wangian daripada Gaharu Asli 100%. Gunalah apa yang Rasulullah ﷺ guna.
Keunikan mabkhara (bekas untuk membakar) yang pelbagai bentuk diperbuat daripada seramik, kayu dan besi dengan ukiran bermotif Islamik menjadikan ia pilihan untuk mereka yang menginginkan kelainan pada haruman pada ruang pilihan.
Terdapat dua jenis mabkhara di pasaran iaitu yang menggunakan arang dan elektrik. Mabkhara jenis arang mengambil masa 30 saat untuk menjadi bara, manakala elektrik pula boleh panas dalam tempoh seminit dan mengeluarkan asap serta bau yang semerbak.
Penggunaan set bukhoor dan mabkhara juga semakin popular apabila ia digunakan oleh ulama serta pendakwah dalam majlis ilmu di masjid, surau atau institusi agama.
Bagi mereka yang pernah menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah dan Madinah, pasti merindui bauan bukhoor yang mengisi segenap ruang Masjidil Haram serta Masjid Nabawi.
Antara jenis wangian bukhoor yang terdapat di pasaran termasuk Shikha, Oud al-Majlis, Oud Maal Attar, Oud Barakah, Bukhoor al-Qamar, Lailat al-Khamis dan Diamond.
Set lengkap wangian ini seperti wangian moden yang terdapat di pasaran yang kebanyakannya menggunakan wangian cecair dipanaskan dengan lilin. Bukhoor terdiri daripada mabkhara iaitu bekas bagi mengisi bukhoor, mancis, arang dan penyepit.
Bukhoor dinyalakan dengan meletakkan arang sintetik yang baranya boleh bertahan sehingga satu jam bersama serbuk bukhoor ke dalam mabkhara, kemudian api dinyalakan sehingga mengeluarkan kepulan asap.
Asap berkenaan akan mengeluarkan bau-bauan menyegarkan bergantung kepada jenis bukhoor digunakan. Menariknya, asap yang keluar daripada bukhoor ini tidak melemaskan termasuk untuk kanak-kanak kerana ia menggunakan gaharu yang bertindak menghasilkan oksigen, bukan karbon.
Selain kita dapat pahala menghidupkan Sunnah di rumah, ada beberapa kebaikan Bukhoor. Antaranya adalah jin sangat tak suka dengan bauan wangi Bukhoor.
Jangan salah sangka, walaupun kemenyan sinonim dengan sihir dan tok bomoh kerana asap adalah makanan jin. Tetapi! Bukhoor adalah 100% sebaliknya. Bukhoor adalah asap wangi dari kayu yang dibakar.
Jika baru tahu, ucaplah Alhamdulillah. Orang kata 'tak kenal maka tak cinta'. Dah tahu jom kita mula amal dan kenalkan keluarga dengan sunnah Rasulullah ﷺ 😊
Allahumma Solli 'Aala Sayyiduna Muhammad 💚
Comments
Post a Comment