Mengapa Cincin Perkahwinan Di Jari Manis?

Jika anda melihat seorang wanita memakai cincin dijari manis, pasti anda menyangka wanita sudah dimiliki lelaki lain. Hal ini sememangnya tradisi sejak dari zaman Mesir Kuno lagi. Seperti dinyatakan dari BBC, para arkeologi telah menemukan bukti hieroglif bahawa pengantin wanita di masa itu menggunakan cincin kawin pada jari manis sebelah kiri.

Menurut Mental Floss, orang Mesir yang pertama kali mula memakai cincin kahwin sebagai simbol keabadian, percaya ada "saraf halus" yang menyalurkan tenaga dari jari manis tersebut hingga ke jantung. Jantung adalah organ untuk menyalurkan darah dan dianggap sebagai pusat emosi manusia. Orang Yunani dan Romawi kuno juga menggunakan cincin kawin di jari manis dengan istilah 'vena cinta'. Namun kajian mengenai kepercayaan saraf jantung ini masih belum dapat disahkan namun negara-negara barat masih meneruskan tradisi ini.

Dalam tradisi kuno hanya para wanita yang memakai cincin perkahwinan selepas perang dunia kedua para suami mulai memakainya untuk mengingatkan mereka kepada isteri dan anak-anak.

Kedudukan cincin perkahwinan di jari manis berkait rapat dengan analologi 1. Ibu jari mewakili ibubapa kita 2. Jari telunjuk mewakili adik beradik kita 3. Jari tengah mewakili diri kita sendiri 4. Jari manis mewakili pasangan hidup kita  5. Jari kelingking mewakili anak-anak kita.

Jika di letakkan kesemua  jari jemari kita dalam kedudukan seperti digambar dibawah, pasti jari manis tidak dapat dibuka menanda kan pasangan hidup kita adalah teman setia sehidup sehingga mati. Begitulah analogi yang digunakan untuk menggambarkan mengapa jari manis disemat cincin pernikahan, kerana itulah simbol pasangan hidup kita yang tidak boleh dipisahkan melainkan dengan kematian.



Comments

Popular Posts