Hanging Garden Of Babylon Tapi Bukan Di Babylon?
Taman tergantung Babylon yang merupakan salah satu 7 benda ajaib di zaman silam, meskipun terkenal dengan taman yang dikatakan kelihatan seperti tergantung apabila dilihat dari jauh ini dikatakan bukan terletak di Babylon.
Cerita mengenai taman tergantung ini diceritakan oleh orang Greek iaitu Diodorus Siculus. Ahli Arkeologi selama ini mencari di tempat yang salah, kemungkinan besar begitu juga dengan Atlantis.
Para arkeologi sendiri tidak dapat pastikan sama ada taman tergantung ini memang wujud atau sekadar cerita fantasi orang zaman dulu, disebabkan kurangnya bukti bukti kukuh yang menunjukkan taman tersebut sebenarnya wujud.
Taman yang indah ini dikatakan dibina oleh Raja Nebuchadnezzar II yang memerintah Babylon sekitar 605 - 562 sebelum masihi, beliau membina taman tersebut kerana isterinya yang bernama Ratu Amytis terlalu rindukan kampung halamanya yang cukup indah dengan kehijuan sekitar kampungnya.
Meskipun begitu taman tergantung yang hebat ini tidak ada dalam teks kuno milik empayar babylon pada ketika itu, malah saintis dan ahli arkeologi sendiri pening, cerita ada tapi bukti bertulis atau gambar pun tiada dalam kawasan tersebut. Malah ada yang mengatakan cerita ini sekadar pelipur lara masyarakat zaman dahulu.
Akan tetapi arkeologi menjumpai sesuatu yang menarik di Museum British, satu keping dinding yang berukiran seolah olah daun atau pokok pada teres kota dan pada tiang tiang besar, apabila diteliti, kota tersebut merupakan sebuah kota milik raja Sennacherib yang memerintah kerajaan Assyria di kawasan Mesopotamia, iaitu lebih kurang 200 tahun sebelum raja Nebuchadnezzar II.
Apa yang dihairankan adalah, ahli arkeologi melihat sendiri bagaimana mereka mempunyai rekod yang sangat jelas mengenai raja mereka membina taman tergantung yang dipenuhi oleh tumbuhan eksotik yang diambil dari pelbagai tempat.
Taman tergantung yang sangat indah tersebut dibina di Nineveh,sebuah kota lama yang terletak di Mosul negara Iraq. Ahli arkeologi mengalami kesukaran untuk masuk ke kawasan atau tapak taman tersebut disebabkan oleh ancaman bom kereta atau pelbagai kegiatan keganasan yang terjadi dikawasan tersebut.
Taman tergantung di Nineveh dikatakan mempunyai oasis yang tersendiri yang menjadi kolam takungan utama untuk sistem aliran air. Air yang banyak diperlukan untuk mengairi tumbuhan yang hidup pada taman tersebut.
Taman tersebut kelihatan seperti amphitheater orang Rom yang merupakan separuh bulatan dan mempunyai teres atau tingkat setinggi 25 meter, pokok dan tumbuhan di bekalkan dengan air melalui sistem Screw, bagaimana mereka mendapat ilham? Dikatakan waktu tersebut mereka telah melihat alam semula jadi, iaitu batang pokok kurma yang mempunyai lingkaran.
Apabila mereka telah membina sistem lingkaran tersebut, maka air akan dapat mengalir masuk kedalam saluran yang dibina. Bagaimana mereka dapat air? Dikatakan terusan sepanjang 80 kilometer dibina semata-mata hanya untuk membekalkan air untuk taman yang unik ini. Sebanyak 300 tan air diperlukan setiap hari untuk memastikan tumbuhan dan pokok dapat hidup dengan baik.
Pasti sesuatu yang menarik perhatian kita kalau taman tergantung moden dibina dengan sistem yang hampir sama.
KREDIT FB : JOHN MOHAMED
Comments
Post a Comment