BANJIR BESAR YG MENENGGELAMKAN DUNIA

Dalam ceramah Syekh Ali Jaber menyebutkan..


Terdapat sebuah hadis Qudsi yg menjelaskan bahawa air laut 3 kali meminta izin kepada Allah untuk menghabiskan seluruh manusia di muka bumi ini. 


Tapi Allah menjawab jangan dulu.


Hadits ini dikeluarkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya, yang bunyinya:


‎« لَيْسَ مِنْ لَيْلَةٍ إِلاَّ وَالْبَحْرُ يُشْرِفُ فِيهَا ثَلاَثَ مَرَّاتٍ عَلَى الأَرْضِ يَسْتَأْذِنُ اللَّهَ فِى أَنْ يَنْفَضِخَ عَلَيْهِمْ فَيَكُفُّهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ »


“Tidak ada satu malam kecuali air laut melihat ke bumi (yang dekat dengannya) tiga kali, dia meminta izin kepada Allah untuk menenggelamkan penduduknya (iaitu kerana dosa-dosa), maka Allah menahannya (sebagai rahmat dari Allah)”


Menurut Syekh Ali Jaber, air laut meminta sama Allah untuk menenggelamkan seluruh manusia sampai 3 kali sehari, lantaran air laut sudah terlalu sakit hati dengan perbuatan manusia


Air laut benar-benar kecewa dengan manusia kerana ramai manusia sengaja melakukan pelbagai macam maksiat. Air laut sakit hati melihat tingkah laku manusia.


“Ya Allah izinkan saya habiskan mereka,” kata air laut.


Tapi Allah menjawab, “Jangan dulu, masih ada di antara hamba-Ku yang masih beriman.”


Kadang kala Allah mengizinkan air laut untuk menghabiskan manusia. Tapi Allah memerintahkan kepada air laut untuk jangan menghabiskan semuanya. 


Biar sebahagian saja yg jadi korban agar mereka yang selamat cepat sedar dan nak bertaubat.


Peristiwa air laut menghabiskan seluruh umat manusia di muka bumi ini pernah terjadi pada zaman Nabi Nuh. Seluruh daratan ketika itu ditenggelamkan dan hanya umat Nabi Nuh saja yang naik kapal yang selamat dari bencana tersebut.


Banjir Besar Di Zaman Nabi Nuh A.S


Nabi Nuh AS telah dilantik oleh Allah SWT untuk membimbing kaumnya supaya menyembah Allah SWT semata-mata. 


Pada waktu itu, kaum Nabi Nuh hidup dalam kekufuran. Mereka menyembah berhala yang dibuat oleh mereka sendiri. 


Namun, Nabi Nuh tetap melaksanakan perintah Allah untuk menyeru kaumnya supaya meninggalkan penyembahan berhala. 


Profesion Nabi Nuh bukan sahaja seorang pengembang agama tetapi juga pakar sains zoologi yang handal.


Walaupun begitu, setelah sekian lama menyeru kaumnya, hanya sedikit sahaja daripada kaumnya yang beriman kepada Allah SWT. 


Nabi Nuh AS akhirnya berasa putus asa. Lalu, baginda pun berdoa kepada Allah SWT. Nabi Nuh mengadu kepada Allah mengenai sikap kaumnya. Maka, Allah SWT pun mengabulkan permintaan baginda. 


Lalu Allah SWT memerintahkan agar Nabi Nuh AS membina sebuah kapal (bahtera) yang besar. Nabi Nuh pun membina bahtera di dalam hangar kapal yang besar berserta peralatan dan mesin-mesin yang canggih dibantu sistem perkomputeran yang termaju. Baginda telah membina kapal yang teramat besar hanya berbekal pengikut yang tidak sampai 100 orang.


Apabila kapal tersebut telah siap, Nabi Nuh AS pun membawa sepasang bagi setiap jenis haiwan ke atas kapal. Nabi Nuh AS juga mengumpulkan benih-benih tumbuhan untuk disimpan di dalam kapal tersebut.


Selepas itu, Nabi Nuh pun menyuruh semua pengikutnya naik ke atas kapal lalu menyeru: "Wahai orang-orang yang beriman! Naiklah kamu ke atas kapal ini. Janganlah kamu lupa untuk berdoa kepada Allah. Sesungguhnya Tuhan akan melindungi kamu."


Setelah semua orang Mukmin telah berada di atas kapal, Allah SWT lalu menurunkan hujan dengan lebatnya. Angin pun mula bertiup kencang. Allah SWT juga memerintahkan bumi supaya mengeluarkan air dari perutnya.


Air laut berserta hujan yang turun dengan banyaknya telah membuatkan air sungai naik. Mata air yang membuak-buak membanjiri tanah-tanah kering. Orang-orang kafir mula berasa gundah dan ketakutan. Mereka melarikan diri ke atas bukit. Tetapi tidak lama kemudian, air banjir itu pun sampai ke atas bukit. Lalu mereka melarikan diri ke atas gunung pula.


Namun air banjir terus naik ke atas gunung. Tidak ada tempat lagi untuk orang kafir menyelamatkan diri. Maka, tenggelamlah mereka dalam banjir itu. Anak Nabi Nuh dan ahli keluarganya yang tidak berimanpun turut tenggelam. Itulah balasan dan azab yang Allah timpakan kepada kaum yang kafir itu.


Banjir yang besar itu menenggelamkan semua benda yang ada di atas muka bumi. Tidak ada makhluk pun yang terselamat kecuali mereka yang berada di atas kapal Nabi Nuh. Banjir selama enam bulan itu juga telah turut menenggelamkan semua tumbuhan dan gunung-gunung yang tinggi.


Apabila kesemua orang kafir mati, Allah memerintahkan hujan supaya berhenti. Bumi pun menyerap semula air banjir itu. Nabi Nuh sentiasa berdoa dan berzikir kepada Allah. Selepas banjir itu surut, kapal Nabi Nuh pun berlabuh di atas Bukit Judi.


Maka setelah Banjir Besar, para pengikut Nabi Nuh pun bertebaranlah di muka bumi sehelai sepinggang setelah meninggalkan kehidupan moden dan canggih mereka ditelan banjir. Mereka kembali menjadi orang gua dan mula berburu, bercucuk tanam dan mengail ikan.


Di waktu-waktu malam mereka mungkin berkumpul di tepi unggun api sambil mendengar cerita orang-orang tua dikalangan mereka mengenai kehidupan moden dan canggih mereka suatu ketika dahulu seperti menaiki bas dan komuter (kebanyakan pengikut Nabi Nuh adalah miskin) dan ada juga yang pernah menaiki kereta. Mereka juga mungkin menceritakan bangunan-bangunan tinggi dan komputer.


Bayangkan kehidupan mereka adalah teramat canggih dengan kereta-kereta mewah dan kotaraya-kotaraya bercahaya serta pesawat-pesawat terbang seperti UFO yang bersimpang siur di udara. Setiap rumah terdapat sistem komputer yang canggih dan kemudahan internet kelajuan tinggi. 


Tetapi adakah semua kemajuan itu berguna berguna apabila tibanya bala bencana? Adakah semua itu berguna setelah banjir besar melanda seluruh dunia? 


Tidak, tidak sama sekali. Nabi Nuh terpaksa memuatkan kapalnya dengan manusia, haiwan-haiwan yang berpasangan serta spesis-spesis tumbuh-tumbuhan yang terpilih.


Semua kemajuan itu habis tenggelam bersama-sama orang kafir dan musyrik yang mengingkari perintah Allah SWT setelah hanyut dalam arus kemajuan material dan kecanggihan teknologi yang mengkhayalkan. 


Manusia ketika itu semakin rakus dengan duniawi dan berbuat maksiat secara terang-terangan. Dakwah Nabi Nuh diketepikan walaupun sering keluar di media-media antarabangsa.


Kesimpulannya, Allah menenggelamkan seluruh umat manusia ketika itu kerana mereka sudah banyak melakukan perbuatan dosa dan banyak merosakkan alam. 


Mereka tidak mahu mengikut perintah Allah dan selalu saja melawan Nabi Nuh. Asbab itulah Allah memerintahkan air untuk menenggelamkan semua manusia masa itu.


“Dan tidak pernah (pula) Kami membinasakan kota-kota, kecuali penduduknya dalam keadaan melakukan kezaliman.” (QS: Al-Qashash: 59).


Semoga semua bencana yang terjadi di dunia ini jadi peringatan bagi kita semua untuk segera bertaubat dan terus memperbaiki diri. Jangan banyak melakukan dosa dan kezaliman yang boleh mengundang murka Allah.

Comments

Popular Posts