Resepi Daging Masak Hitam

(yang ni utk makan sekeluarga 10-12orang insyaallah)
Bahan-bahan.
2 paket daging alena(satu paket 900gram)- dipotong kiub2 empat segi.
3kg bawang besar blend .(lagi banyak bawang lagi sedap.kalau boleh kurangkan air dia ok)
3gengam cabai kering di rebus dan di blend halus.
Sos cili setengah kilo.
Kicap pekat jalen(guna jalen label ungu sbb warna dia sgt2 terang)
Kerisik asli 1kg(lagi banyak..lagiiii sedap)
Gula 1 cawan
Garam
Aji
Cara Memasak (simple.tak perlu tumis)
Rebus daging bagi empuk dan lembut terlebih dahulu.(biasanya dalam 30 minit - 40 minit kalau guna dapoq gas biasa).bila dah empuk,tapis dan kita ambil daging sahaja.
Kemudian Masukkan semula daging ke dalam periuk bersama bawang besar ,cabai kering.masak sebentar bagi sebati .kemudian masukkan sos cili,masukkan kicap pekat,kerisik,gula,garam dan sedikit ajinamoto(klu suka letak,tak suka jgn letak.tapi kalau letak jgn banyak.sikit je tau).masak semua bahan ni bagi sebati dgn daging agak2 dalam 45minit.
Siap !

Selamat Mencuba.


Comments

Popular Posts