Resepi Rendang Daging Power

Ada yang suka? Share dulu nanti boleh buat
Resepinya:
Bahan:
1 sudu besar biji ketumbar *
1 sudu besar jintan manis*
1 sudu besar jintan putih *
1/2 sudu besar lada hitam*
5 tangkai cili kering*
-sangai bahan2 bertanda* smp cili kering jd rapuh.. api slow je
-kisar kering smp halus(ketepikan)
1kg daging(potong nipis) @seekor ayam
5 ulas bwg merah kecik*
4 ulas bwg putih*
2 inci halia*
2 inci kunyit hidup *
4 btg serai*
10 tangkai cili kering*(rebus dulu) nak pedas lg lebihkan
3 sudu besar kerisik
minyak masak secukupnya
sekilo santan
garam
daun kunyit(hiris halus)
Cara penyediaan:
-kisar bahan2 bertanda *
-tumis bahan2 kisar smp garing@pecah minyak
-masukkan rempah yg dikisar halus td..kacau sebati
-masukkan daging.. air daging akan keluar sendiri
-bila air daging dah agak kering sikit.. masukkan santan msk smp pekat
-masukkan kerisik.. tabur daun kunyit
-rasakan dgn garam.. sy x suka rendang yg manis, kalau suka manis nak letak gula pun blh
-sy buat byk rendang ni.. blh frozen kan.. in case ada tetamu dtg mengejut blh p cari lemang, panaskan je rendang ni, senang  je.☺️
*rendang sy x ada lengkuas.. kalau nak tambah blh jer, selera masing2
Kredit resepi : Zaimah Zakaria


Comments

Popular Posts