Kelebihan Ajwa Madinah Berbanding Kurma Ajwa Yang Lain.


Banyak hadis yang menunjukkan keutamaan kurma Ajwa kota Madinah, yang menjelaskan tentang pengaruh dan khasiatnya dalam kedoktoran ala Nabi , yakni mencegah racun dan sihir bagi yang memakannya setiap pagi dalam setiap harinya. Di antara riwayat tersebut adalah sebagai berikut ;
Diriwayatkan daripada Amir bin Saad bin Abi Waqas bahawa Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam bersabda “ Barangsiapa yang memakan tujuh butir kurma Ajwah yang tumbuh di antara dua batu hitam ( kota Madinah ) di pagi hari tidak akan terkena bahaya racun hingga petang harinya “(Muslim)

Dan didalam riwayat yang lainnya “ Barangsiapa yang makan tujuh biji kurma Ajwa setiap pagi, maka akan terhindar daripada racun dan sihir sehingga waktu petang “
Sebagai umat Nabi yang beriman, wajib di atas setiap orang Islam untuk meyakini akan hadis yang disebutkan oleh Baginda Sallahu Alaihi Wasallam tentang fadhilat dan kelebihan kurma ajwa yang dapat menangkal sihir dan racun,oleh kerana setiap hikmah Ilahi disebalik kelebihan tersebut tidak dapat dicapai oleh fikiran logik manusia bahkan hanya diketahui oleh Tuhan yang menciptakannya.
Hadis tersebut menjelaskan tentang buah kurma ajwa yang tumbuh di dalam tanah haram Madinah adalah kerana terdapat keberkatan pada tanah yang terdapat di Madinah, bertepatan dengan sabda Baginda Sallahu Alaihi Wasallam “Aku berdoa kepada-Mu untuk para penduduk kota Madinah , agar Engkau berikan berkat dalam mudd (cupak ) dan sho’nya (gantang) mereka, dua kali ganda dari berkat yang Engkau berikan untuk para penduduk Makkah “

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawasanya Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam pernah diberi buah-buahan yang dipetik pertama kali,lalu Baginda bersabda ;
“Ya Allah , berkatilah kota kami, dalam buah-buahannya dalam mudd dan sho’nya dengan keberkatan yang berlimpah-limpah”
Allah telah menjelaskan keistimewaan kurma Ajwah dengan khasiat mampu menolak racun dan sihir,dibandingkan dengan semua jenis kurma lain. Diriwayatkan hadis dari Nabi  yang menjelaskan hal itu secara mudah. Hanya sahaja rahsia keutamaan kurma Ajwah itu masih lagi menjadi persoalan kontroversi. Oleh sebab itu para pakar berupaya menyingkap Rahsia tersebut.

Hikmah Tersembunyi Kurma Ajwa Madinah

Imam An-Nawawi menjelaskan ,” Dikhususkan kurma Ajwa Madinah termasuk perkara yang menjadi rahsia Allah, kita tidak mengetahui segala hikmah , sehingga harus diimani dan diyakini keutamaan, serta adanya hikmah dalam hal tersebut”.
Al-Khattabi menyatakan .”keberadaan kurma Ajwah berkhasiat mengatasi racun dan sihir, termasuk berkat doa Nabi untuk kota Madinah,bukan kerana sifat khusus dalam kurma tersebut.”
Al-Mubarakfuri menjelaskan tentang hadis kurma Ajwah “ Yang dimaksudkan adalah menjelaskan keutamaan kurma Ajwa dibandingkan seluruh kurma yang lain, kerana boleh dikatakan sebagai kurma Hijaz yang paling berkualiti, secara umumnya . Boleh juga dikatakan keistimewaan yang terdapat pada kurma Ajwa ini adalah daripada berkat doa Nabi pada keberkatan yang terdapat di dalam kota Madinah.

Kemungkinan, letak keistimewaan kurma Ajwa dibandingkan kurma yang lain adalah pada realiti bahawa ia dapat menangkal racun dan sihir , itulah yang membuatkan ianya berbeza dari yang lain. Wallahu A’lam Allah lah yang lebih mengetahuinya.
Kesimpulannya kita telah melihat pelbagai variasi pendapat ulamak tentang kurma Ajwa, sebahagian mengatakan adalah kemungkinan kerana ianya di tanam didalam tanah haram yang tercakup padanya doa Nabi, dan kemungkinan juga boleh jadi kerana itu merupakan keistimewaannya tersendiri yang belum diketahui(hikmahnya) oleh seorang pun.
Walaubagaimanapun bahawa semua hikmah telah terhimpun dalam kurma Ajwa adalah kerana kemuliaan dan keistimewaannya.


Comments

Popular Posts