Mensyukuri Hari Ini & Mengikhlaskan Masa Lalu

Assalamualaikum kepada semua pembaca saya yang setia... Maaf kerana dah lama tak update blog saya.. Kali ni sy nak bercerita tentang bahagia? Hidup kita tak perlu terlalu complicated nak memikirkan tentang kesempurnaan.Hidup tak akan sempurna... Bahagia juga bukan kayu ukur kesempurnaan hidup, ada yang diberi rezeki melimpah ruah, keluarga penyayang, anak-anak.. Pekerjaan yang baik.. Senang kata segala kemahuan tercapai.. Tapi diluar sana ramai yang diuji dengan kepayahan, kesempitan hidup, penderaan, kemiskinan, kejatuhan, kegagalan, kekecewaan... Allah cipta kan dunia ini bukan tempat untuk bersenang lenang melainkan tempat ujian bagi hambaNya yang bertakwa. Sampai masa kita akan pergi menghadap Ilahi. Maka berada-pada lah melihat dunia yang sementara ini, mensyukuri hari ini dan mengikhlaskan masa lalu, teruskan melangkah.. Pandang la mereka yang kurang bernasib baik dari diri kita agar kita berasa syukur dengan nikmat yang kita kecapi..


Salam sayang.. ❤️😘





Comments

Popular Posts