Berlian Untuk Ibu


Ada seorang soleh membacakan 100 kali surah Al-Ikhlas dan menghadiahkan kepada ibunya setiap hari.


 Walaupun sibuk, dia cuba istiqamah melakukannya setiap hari.


Setelah beberapa lama, dia bermimpi bertemu ibunya. Di hadapan ibunya ada pinggan besar berisi seperti berlian. Dia melihat ada berlian yang bersih, dan cantik, dan ada juga berlian yang tidak begitu cantik. Ada juga yang terpecah, tak begitu sempurna.




Lalu, orang soleh itu bertanya,

 “Wahai ibuku, apakah berlian-belian yang ada di hadapanmu ini?” Jawab ibunya, “Inilah surah Al-Ikhlas yang sentiasa kau baca kepadaku.”


Kemudian, dia tanya lagi kenapa berbeza keadaan berliannya - ada yang bersih dan sempurna, tapi ada yang pecah, yang tidak bercahaya.



Ibunya menjawab, “Ini adalah kerana cara kau membacanya, anakku.

” “Bilamana kau baca dengan cepat, sehingga ada huruf yang tertinggal, maka akan pecahlah sedikit daripada berlian itu.”


- “Kadang-kadang kau baca dalam keadaan kau lalai, maka berlian itu sampai dalam keadaan tidak bercahaya.”

 “Kadang-kadang kau baca dalam keadaan kehadiran hati yang betul, bacaan yang sempurna, maka berlian itu pun sampai dalam keadaan sempurna, bersih dan cantik.”




Pengajaran:


✏ Sesungguhnya bacaan Quran dan zikir yang baca dan hadiahkan kepada orang yang meninggal akan menjadi pemberian, cahaya yang besar yang bermanfaat dalam perjalanan mereka menuju kepada Allah سبحانه و تعالى.

✏Tetapi inilah tidak bermakna hadiah Quran itu bertukar menjadi berlian, tetapi kiasan dalam mimpi ini adalah untuk menunjukkan bahawa hadiah itu menjadi pemberian bernilai agar boleh difahami oleh orang-orang yang masih hidup.


✏ Apapun amalannya, usahakan untuk lakukan sesempurna mungkin dan dengan hati yang hadir, agar menjadi ‘berlian' yang cantik, sempurna, dan indah bercahaya. .


. Disunting daripada tausiyah Maulid di Masjid Darul Ehsan bersama الحبيب كاظم السقاف Al-Habib Kazim Al-Saqqaf

Comments

Popular Posts